Contoh Situasi : Saya mengajar subjek SEJARAH T4 hari Isnin Kelas A dan Kelas B. Subjek TMK T5 hari Selasa dalam seminggu.
1. Buka template eRPH Sejarah. Saya akan RENAME fail tersebut mengikut minggu yang saya ajar. Contoh Minggu 1 / 2019.
2. Saya akan buang atau DELETE sejarah T5 dan T6 sebab saya tak mengajar untuk subjek tersebut. Saya tinggalkan subjek sejarah T4 dan subjek TMK T5 yang telah digabungkan sebelum ini. ( Rujuk sini ).
3. Oleh kerana saya mengajar hari Isnin , dua kelas untuk Sejarah jadi saya akan gunakan fungsi DUPLICATE untuk membuat satu lagi tab untuk sejarah kelas kedua.
4. Kemudian saya RENAME kan Tab tersebut I 4a ( Isnin Kelas 4a ) dan I 4b ( Isnin Kelas 4b ). Begitulah seterusnya untuk kelas lain dan hari lain selama satu minggu, hanya buat DUPLICATE Tab dan RENAME sahaja.
5. Untuk minggu ke 2 dan seterusnya saya akan copy sahaja fail minggu pertama dan RENAME kepada minggu ke2 / 2019. Kemudian saya akan ubah perkara yang akan diajar dalam minggu ke-dua itupun jika jadual saya tidak berubah sehingga akhir tahun. Kalau berubah maka saya terpaksa setting semula tab untuk kelas yang saya ajar.
# Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment