Tutorial 5 Cara Membuat Salinan Folder

Setelah guru admin membuat Borang Penghantaran ( Tutorial 2 ) , tapak SEMAK ERPH ( Tutorial 3 ) dan tapak HANTAR dan SEMAK ( Tutorial 4 ) . Langkah seterusnya ialah memastikan di dalam folder untuk dikongsi dengan guru ada 18 folder dan satu tapak HANTAR dan SEMAK seperti gambar di bawah.



Apabila semuanya sudah ada maka bolehlah admin ERPH membuat salinan Folder tersebut mengikut bilangan guru di sekolah masing-masing.

Terdapat satu cara untuk admin ERPH membuat salinan folder tersebut iaitu menggunakan add ons COPY FOLDER. ( Akaun email Yes tidak boleh menggunakan fungsi ini ). Boleh ikuti langkah berikut :

1. Klik NEW --> Google Sheets
2. Namakan googlesheets tersebut sebagai COPY FOLDER untuk memudahkan admin.



3. Kemudian Klik Add Ons --> Get Add Ons



4. Tuliskan COPY FOLDER dalam ruangan search dan tekan enter.



5. Pilih add Ons COPY FOLDER dengan klik butang FREE.



6. Pilih akaun anda



7. Klik Allow



8. Lihat perubahan pada Add Ons akan ada COPY FOLDER



Seterusnya cara menggunakan Add Ons Copy Folder.

1. Klik pada Add Ons Copy Folder -- > Select a Folder



2. Klik SELECT A FILE



3.  Pilih FOLDER yang hendak di COPY  lepas tu klik SELECT kotak biru di bawah .



4. Tandakan dalam kotak Apply to All File and Folder



5. Klik COPY.
6. Tunggu sehingga selesai ( kalau folder besar lambat sikitlah bergantung pada saiz fail dan kelajuan internet )
7. Kemudian namakan folder yang di COPY tadi mengikut nama guru.
8. Begitulah seterusnya sehingga cukup bilangan guru.
9. Seterusnya kongsikan folder tersebut mengikut nama guru menggunakan email yes guru.

Tamat : Tutorial 6 Cara kongsi / share folder kepada guru-guru

4 comments:

  1. Tuan, maaf bertanya tapak HANTAR dan SEMAK ( Tutorial 4 ) tidak ada ni tuan.. bule minta link, sekian dan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada linknya , sila semak kat senarai tutorial.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH INFO YANG SANGAT BERGUNA. TIDAK ADA LINK KE TUTORIAL 6. SILA BERIKAN LINK UNTUK TUTORIAL 6.

    ReplyDelete