Cara Gabung Subjek Berlainan Dalam Template eRPH Dr Syed

Template eRPH Dr Syed boleh digabungkan dengan subjek yang berlainan mengikut subjek yang kita ajar. Berikut diterangkan cara menggabungkan MP Sejarah dengan TMK untuk subjek sekolah rendah. Sebelum itu pastikan anda sudah download atau Make a copy template yang telah di SHARE supaya anda boleh edit template tersebut sila rujuk cara MAKE A COPY di sini ( Tutorial 9 ).

Situasi : Katakan saya mengajar Sejarah Tahun 4 dan TMK Tahun 5 . Jadi saya nak gabungkan MP Sejarah Tahun 4 dengan TMK Tahun 5 dalam satu template.


1. Buka Template eRPH MP TMK dan Template MP Sejarah.



2. Pada Template eRPH MP TMK , klik Tab TMK Tahun 5 dan klik butang segitiga dalam tab tersebut sehingga keluar menu. Pilih COPY TO ....



3. Pilih template eRPH yang hendak di isikan subjek TMK Tahun 5. Dalam contoh ini saya ingin gabungkan subjek TMK Tahun 5 dengan subjek Sejarah. Jadi saya pilih template eRPH Sejarah.
Kemudian klik SELECT.



4. Tunggu sehingga proses COPY selesai.



5. Bila dah berjaya sila klik Open Target Workbook



6. Anda akan lihat terdapat tab baru dalam template eRPH Sejarah iaitu Tab Copy of T5 . Anda boleh RENAMEkan ia kepada TM T5 supaya tidak keliru.







7. Ok itu sahaja. Bila dah tau cara , boleh gabung dengan subjek lain dengan cara yang sama.



# Semoga bermanfaat.
  

No comments:

Post a Comment