Tutorial 8 Cara Meletakkan Link Folder eRPH pada Nama Guru

Salam eRPH kepada admin eRPH sekolah-sekolah di Malaysia. Satu cara untuk memudahkan pentadbir boleh terus ke folder 13 yang mengandungi eRPH guru-guru ialah dengan meletakkan link pada nama guru yang ada dalam senarai semak penghantaran eRPH ( Tutorial 3 ) .

Apabila pentadbir melihat pada senarai semakan dah bertukar kepada OK pada ruangan minggu yang dihantar, maka pentadbir akan klik pada nama guru tersebut. Ia akan membawa pentadbir kepada folder 13 guru tersebut dan membuat semakan pada eRPH.

Berikut adalah cara meletakkan link folder 13 pada nama guru :

1. Buka folder guru A. Klik kanan pada folder 13. Pilih GET SHAREABLE LINK.


2. Klik pada SHARING SETTING .


3. Tukar kepada OFF-only specific people can acsess . Klik pada COPY LINK. Kemudian klik DONE.




4. Buka Fail Semak penghantaran eRPH.


5. Klik kanan dalam kotak guru tersebut. Pilih INSERT LINK. 
6. Masukkan / Paste-kan link yang di copy tadi dalam kotak LINK.


7. Klik APPLY.
8. Siap.

# Guru A tidak boleh melihat atau mengakses folder eRPH guru-guru kerana tidak mendapat kebenaran akses walaupun mereka boleh klik link tersebut. Hanya pentadbir dan admin sahaja yang boleh mengakses folder 13 semua guru kerana telah diberi kebenaran untuk mengakses folder semua guru.

# Selamat mencuba
#Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment