Tutorial 10 eRPH Guru Yang Bertukar Sekolah

Salam kepada semua guru eRPH 1M, tutorial ini adalah untuk menerangkan cara memindahkan eRPH guru yang bertukar dari sekolah lama ke sekolah baru sama ada ditukarkan atau minta ditukarkan. Syaratnya sekolah yang baru itu juga mestilah menggunakan eRPH,  jika tidak guru tersebut bolehlah kembali semula kepada sistem lama iaitu menggunakan BRM untuk menulis RPH.

Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk memindahkan folder eRPH guru yang bertukar ke sekolah baru. Di sini diterangkan kaedah mudahnya :

1. Guru yang berpindah boleh mendownload sendiri folder eRPHnya secara keseluruhan kemudian diletakkan dalam pendrive. Atau jika tidak tahu cara mendownload, boleh minta bantuan admin eRPH di sekolah masing-masing.

2. Kemudian guru yang berpindah  membawa folder eRPHnya yang telah didownload tadi ke sekolah baru dan memberikannya kepada admin eRPH sekolah baru untuk diUPLOADkan ke dalam folder eRPH sekolah baru tersebut.

3. Peranan admin eRPH sekolah baru pula ialah meng UPLOAD folder guru baru tersebut dalam folder eRPH sekolah dan jangan lupa untuk share folder ( Tutorial 6 ) kepada email guru baru tersebut supaya guru baru tersebut dapat menyambung eRPHnya di sekolah baru.

4. Guru baru boleh mengedit kulit dan sebagainya supaya bersesuaian dengan sekolah baru seperti nama sekolah dan sebagainya. Manakala admin eRPH sekolah baru boleh menambah nama guru baru dalam rekod semak guru yang menghantar eRPH. ( Tutorial 3 )

4. Bagi admin eRPH sekolah lama, anda boleh UNSHARE  folder guru yang bertukar tersebut dari email guru yang bertukar supaya tidak menimbul kekeliruan keada guru yang bertukar. Admin eRPH sekolah lama boleh simpan untuk beberapa bulan sebelum mendeletenya jika perlu.   

Sekian . Harap dapat menanfaat dari tutorial ini.

#Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment